Selasa, 26 Mei 2009

TUGASAN 2 : ULASAN DAN ANALISIS ARTIKEL JURNAL KAJIAN TINDAKAN

ARAHAN:



  • Dapatkan 3 artikel jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan.


  • Lakukan perbandingan (persamaan & perbezaan) dari segi prosedur kajian tindakan yang telah dilakukan dan laporkan dalam blog.


JURNAL 1


TAJUK : CHILD DEVELOPMENT RESEARCH IN EARLY CHILDHOOD CLASSROOMS

OLEH : Gillian Dowley McNamee (Erikson Institut, Chicago, III., USA)



LATAR BELAKANG

Seorang guru telah melaporkan dalam jurnalnya tentang perkembangan kanak-kanak di sekolah awam, dan mendapati di dalam satu kelas itu ada lima orang pelajar yang amat lemah membaca. Oleh itu, guru tersebut berpendapat pasti ada cara yang dapat dilakukan oleh guru-guru untuk mengatasi masalah ini.


SAMPEL

Kajian ini telah dijalankan berdasarkan pengalaman seorang guru semasa mengajar di satu sekolah dan telah melihat potensi seorang kanak-kanak yang sangat lemah untuk membaca yang bernama Heather, dan jika diberi ajaran yang sesuai pasti kanak-kanak tersebut dapat membaca dengan baik.



SETTING

Dalam bilik darjah


PROSEDUR KAJIAN

Mula-mula sekali setelah mengetahui masalah yang perlu dikaji, penulis mengumpul data melalui pemerhatian terhadap seorang pelajar yang amat lemah dalam kemahiran membaca, iaitu Heather. Kemudian mendapatkan data yang diperlukan melalui beberapa orang guru yang berpengalaman. Selepas itu, segala maklumat dianalisis dan dinilai untuk dikumpul sebagai maklumat.


PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

Melalui pemerhatian, kemudian dua contoh guru yang bersesuaian dan berpengalaman diambil untuk membantu dalam pengumpulan data untuk kajian ini iaitu Vivian Paley dan Renggio Emilia yang mana mereka ini merupakan penulis.



PENILAIAN TENTANG KAJIAN

Dalam artikel ini dinyatakan bahawa kanak-kanak yang lemah membaca dapat diatasi dengan kemahiran atau teknik guru ketika mengajar atau perlukan tenaga guru-guru yang profesional untuk melatih kanak-kanak seperti ini, kerana kanak-kanak ini ada potensi untuk berjaya dan dapat membaca dengan lebih baik.



JURNAL 2


TAJUK : " IT'S ABOUT THE KIDS": TRANSFORMING TEACHER-STUDENT RELATIONSHIPS THROUGH ACTION RESEARCH

OLEH : Dwight Rogers, Cheryl Mason Bolick, Amy Anderson, Evelyn Gordon, Meghan Mcglinn

Manfra, dan Jan Yow



LATAR BELAKANG

Kajian tindakan merupakan medan untuk para guru memperbaiki kelemahan dari segi teknik pengajaran dan sebagainya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penulis rasa tertarik setelah melihat 114 orang guru yang berpengalaman telah membuat kajian tindakan. Penulis telah berazam untuk memperbaiki satu kelemahan iaitu yang melibatkan hubungan antara guru dan pelajar supaya lebih rapat dan para pelajar dapat belajar dengan baik.


SAMPEL

Kanak-kanak dan guru-guru di sekolah


SETTING

Di sekolah


PROSEDUR KAJIAN

- Penulis mengenalpasti masalah yang hendak dikaji iaitu mengenai perubahan hubungan

antara pelajar dan guru melalui kajian tindakan.


- Penulis mengumpulkan data seperti kajian-kajian tindakan yang telah dijalankan oleh

para guru dan penulis lebih memfokuskan tentang pemikiran kanak-kanak, perasaan

mereka dan inspirasi mereka.


PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

- Menggunakan pelbagai teknik pengumpulan data yang biasa seperti temubual, soal

selidik dan penilaian bertulis, juga melalui pengumpulan data yang tidak rasmi.


PENILAIAN TENTANG KAJIAN

Melalui kajian tindakan ini, para pelajar dan guru dapat lebih berkomunikasi secara terbuka dan guru-guru dapat memahami sikap pelajar-pelajarnya.



JURNAL 3


TAJUK : DEVELOPMENT OF A PEER EDUCATION PROGRAMME FOR ADVANCE END-OF-LIFE CARE PLANNING

OLEH : Caroline Sanders, Jane Seymour, Amanda Clarke, Merryn Gott, Maddie Welton



LATAR BELAKANG

Tujuan kajian ini diadakan adalah bagi membangunkan dan menilai satu program pendidikan untuk membantu rakyat lebih tua dan dapat mengetahui tentang rawatan yang diperlukan.


SAMPEL

Kajian ini dilakukan oleh lima orang penyelidik terhadap lapan orang sukarela yang diwakili oleh warga-warga emas.


SETTING

Projek ini dijalankan di satu kawasan di UK yang dinamakan Sheffield.


PROSEDUR KAJIAN

Kitaran kajian tindakan yang dilakukan ialah:




PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

- Kumpulkan data yang berkaitan dengan pendidikan penjagaan ketika tua.
- Mendapatkan panduan yang sesuai untuk kajian ini.


PENILAIAN TENTANG KAJIAN


Warga-warga emas ini merasakan bahawa mereka telah dibantu oleh pasukan penyelidik dan kajian ini merupakan percubaan program pendidikan yang baik dan kini telah dilakukan di kawasan lain daripada UK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan