Ahad, 24 Mei 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Apa yang saya faham berdasarkan buku ini, kajian tindakan ialah suatu proses yang lebih sistematik untuk membuat penyelidikan.
Tujuan kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk menambahbaikan dalam system pendidikan terutamanya untuk direalisasikan semasa mengajar yang dibekalkan dengan pengetahuan baru dan faham bagaimana untuk menggalakkan para guru untuk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dan juga di sekolah.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Para guru perlu membuat kajian tindakan adalah kerana sekarang ini kajian tindakan adalah suatu cara yang sudah dapat dilihat keberhasilannya, terutama dalam bidang pendidikan di mana guru-guru sendiri yang membuat kajian tindakan.

Guru-guru mempunyai masalah untuk membuat kajian tindakan seperti ketiadaan masa untuk membuat kajian tindakan, namun segalanya dapat diatasi sekiranya guru-guru berkeinginan untuk mengatasi segala masalah atau kelemahan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya dengan membuat kajian tindakan.


REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

Kajian Konseptual


- Model

Dalam buku ini tidak diterangkan secara khusus mengenai model kajian tindakan. Namun banyak diterangkan tentang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh guru-guru.


- Sampel / participant



- Seting Kajian

Bagi pemilihan lokasi atau tempat untuk jalankan kajian tindakan dalam bidang pendidikan biasanya dilakukan di peringkat bilik darjah dan sekolah.


- Prosedur Kajian Tindakan

Daripada pembacaan saya dalam buku ini, saya dapati bahawa prosedur-prosedur untuk membuat kajian tindakan adalah seperti berikut:
· Rekabentuk kajian adalah berdasarkan permasalahan yang telah dikenal pasti.
· Mengumpul data daripada sumber yang pelbagai.
· Menganalisis data untuk mengenal pasti ciri penting dalam permasalahan kajian.
· Berkongsi hasil dapatan kajian.
· Menggunakan hasil kajian untuk mendapatkan penyelesaian permasalahan dan
kelemahan yang dikaji.


- Pengumpulan Dan Penganalisisan Data
1) Instrumen Kajian

Kajian dilakukan terhadap bahan-bahan seperti dokumen ataupun rakaman dan juga kemudahan-kemudahan lain yang dapat menambah maklumat yang sedia ada sebagai sokongan terhadap kajian yang dijalankan.


2) Teknik Pengumpulan Data
  • Temubual
  • Pemerhatian
  • Senarai bahan-bahan
  • Literature review
3) Etika Kajian Tindakan (Research Ethics)

4) Kebolehpercayaan Dan Kesahan Kajian Tindakan (Reliability & Validity)

Bagi menentukan kesahihan kajian tindakan ini ditentukan melalui prosedur untuk
menentukan kredibiliti, pertukaran, ketergantungan, kepastian, penyertaan yang ada,
dan merupakan sesuatu yang berfaedah.


5) Penilaian Keseluruhan Terhadap Buku Ini

Bagi saya buku ini amat bersesuaian sekali untuk individu yang baru belajar membuat kajian tindakan, terutamanya bagi para guru membuat kajian tindakan di sekolah iaitu untuk memperbaiki kelemahan dan mutu hasil pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini kerana dalam buku ini diterangkan langkah-langkah dan proses untuk membuat kajian tindakan secara terperinci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan