Sabtu, 9 Mei 2009

KULIAH 3- (04/05/09)

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

1) KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

-Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

2) JENIS PERUBAHAN



1- Perubahan Ke Arah Peningkatan:
• Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
• Memperkenalkan teknologi baru
• Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen dan
produktiviti staf

2- Perubahan Strategik Organisasi:
• Mendefinisikan semula peranan organisasi
• Perubahan nilai teras organisasi
• Pembentukan semula misi
• Perubahan struktur dan strategi organisasi
• Mendefinisikan semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan
system ganjaran

3- Perubahan Reaktif:
• Ada tindakbalas dan ada rangsangan disebabkan oleh faktor tuntutan seperti
kepekaan pelanggan dan pihak yang berkepentingan (stake holders) terhadap
isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan

4- Perubahan Akibat Daripada Jangkaan:
• Kerana kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan
bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif
• Sebab perubahan ini:
- Persiapan menghadapi pesaing baru
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak
pelanggan
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.

Perubahan Adalah Kompleks

-Dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi

i) Evolusi- Sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang
panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
ii) Revolusi- Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan itu Multidimensi

 Sebarang keputusan yang diambil untuk membuat perubahan melibatkan pelbagai
pertimbangan, salah satunya adalah untuk mengenal pasti semua dimensi yang
berkaitan.





3) MODEL-MODEL PERUBAHAN




1. Model Penggabungan Roger

 Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti
 Apabila masalah atau keperluan tersebut dikenalpasti, penyelidik akan
menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan, yang mana
melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak seterusnya menghasilkan
inovasi.

2. Model Kanter

 Menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika
proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas:
i) Penjanaan Idea
ii) Membina Idea
iii) Realisasi Idea
iv) Pemindahan Idea

3. Model Rand

 Tujuan:
- Menentukan factor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan
- Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.

4. Model Acot

 Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.


AKTIVITI DALAM KUMPULAN


Ahli kumpulan:

1) Aisyatulasyiqah binti Mohamed (P48)

2) Radiah binti Zakaria (P48602)

3) Zahwati binti Seman (P48683)


Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.


i) Sebab mengapa orang menentang perubahan:

1. Perubahan dilakukan adalah secara drastik

2. Perubahan dilakukan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang

3. Sesuatu perubahan yang dilakukan dianggap sebagai perosak apa yang sedia ada

4. Sikap sesetengah individu yang ortodok terhadap sesuatu perubahan yang ingin dilakukan

5. Penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan

6. Perubahan yang sedikit tetapi melibatkan semua organisasi

7. Perubahan dalam skala yang besar memerlukan perancangan yang rapi dan sukar

dilakukan/dilaksanakan

8. Perubahan yang dilakukan tidak memenuhi tuntutan/keperluan komuniti

ii) Cara Penyelesaiannya:

1. Perubahan yang dilakukan mestilah dirancang secara teliti dan mengambil kira kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang

2. Menunjukkan perlaksanaan kepada perubahan yang dilakukan memberi impak yang positif dan menguntungkan semua pihak

3. Perlu mengambil kira pandangan/pendapat orang di sekeliling yang akan menerima perubahan

4. Individu yang ortodok perlu merubah sikap supaya lebih bersikap terbuka dan menerima perubahan yang hendak dilakukan

5. Bagi mengelakkan penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan, tujuan/matlamat mestilah jelas dan terang

6. Perlu mengambil kira tentang semua organisasi yang terlibatwalaupun perubahan yang sedikit dilaksanakan

7. Perubahan yang akan dibuat memerlukan perancangan yang rapid an menyeluruh

8. Sebelum melakukan perubahan, perlu membuat kajian terlebih dahulu seperti mengenalpasti jenis-jenis perubahan yang boleh memenuhi tuntutan/keperluan komuniti pada masa itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan