Ahad, 26 April 2009

NOTA KULIAH 1

1- KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah suatu pendekatan untuk mendapatkan penyelesaian bagi masalah tertentu dan memperbaikinya melalui langkah-langkah yang tertentu.

PROSES KAJIAN (SECARA UMUM)

1. Kenal pasti masalah atau isu yang timbul
2. Melihat dan meneliti melalui kajian kepustakaan
3. Tentukan pendekatan kajian
4. Mengumpul dan menganalisis maklumat yang diperolehi
5. Membincangkan dapatan dan implikasi
6. Melaporkan kajian


2- JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

Ada 4 jenis kajian tindakan dalam konteks pendidikan:

1. Kajian Tindakan Individu
- Kajian yang melibatkan individu khususnya dalam pengurusan bilik darjah.

2. Kajian Tindakan Kolaboratif
- Kajian yang melibatkan lebih daripada 2 orang (berkumpulan).

3. Kajian Tindakan Peringkat Sekolah
- Kajian yang melibatkan masalah di peringkat sekolah atau organisasi dalam sekolah.

4. Kajian Tindakan Peringkat Daerah
- Kajian yang melibatkan masalah di peringkat daerah.


3- CONTOH MASALAH UNTUK KAJIAN TINDAKAN:

Seorang guru mendapati bahawa para pelajar tidak member fokus dan saling bercakap dan tidak menghiraukan beliau yang sedang mengajar. Ini adalah satu masalah atau isu yang perlu ditangani. Puncanya adalah kerana suara guru tersebut yang tidak berapa jelas (perlahan), tidak menggunakan teknik mengajar yang sesuai pada masa itu dan masalah guru yang tidak dapat memberikan input yang banyak. Guru hanya dapat memberikan maklumat yang ada di dalam buku teks sahaja.

Cadangan penyelesaian bagi masalah ini ialah guru tersebut perlu melatih diri supaya dapat mengeluarkan suara yang lantang dan jelas. Selain itu, pelbagaikan teknik pengajaran dan sesuaikan dengan masa pada waktu itu. Seterusnya, guru hendaklah menambahkan ilmu pengetahuan dengan banyakkan membaca buku-buku, akhbar dan maklumat-maklumat dari internet. Insyaallah pelajar akan lebih berminat untuk belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan