Khamis, 7 Mei 2009

KULIAH 2- (27/04/09)

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN


1. Projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi:

i. Rancang
ii. Tindakan
iii. Pemerhatian
iv. Refleksi

2. Projek akademik dan penulisan artikel ilmiah:

Bab 1 dan 2 : Kajian Kepustakaan
Bab 3 : Pengumpulan Data
Bab 4 : Analisis Data
Bab 5 : Sumbangan kepada Bidang Pengetahuan


AKTIVITI 1 (REFLEKSI)


Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru II, saya dapati antara masalah dan kelemahan yang ada dalam diri saya ialah:

1. Tidak dapat menguruskan masa dengan baik
2. Suka menangguhkan kerja
3. Kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai

Pelan Tindakan untuk Menambahbaik:

1. Matlamat (umum):
- Untuk menjadi seorang guru yang berdisiplin dan mampu melakukan apa sahaja tanpa melanggar batas-batas syara'

2. Objektif:
- Supaya dapat mengurus masa dengan baik dan terancang
- Tidak menangguhkan kerja
- Supaya dapat tingkatkan keyakinan diri

Pelan Tindakan

1. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

i. Pastikan pergi ke kelas lebih awal sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal (kalau
dengan bas)
ii. Senaraikan tugasan-tugasan yang diberi dan pastikan tahu tarikh akhir untuk
menghantar tugasan tersebut.
iii. Buat jadual study
iv. Melibatkan diri dalam pelbagai program

2. Bagaimana saya mengumpulkan data:

i. Kenal pasti kelemahan diri
ii. Merancang penambahbaikan yang perlu dilakukan
iii. Membuat pantauan melalui kawan-kawan

3. Bagaimana saya memantau apa yang dirancang dilaksanakan:

- Saya senaraikan apa yang dirancang dan tandakan apa yang sudah dilaksanakan.
- Pantauan dari kawan-kawan dan diri sendiri dari semasa ke semasa tentang perubahan diri saya

4. Bagaimana saya menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai:

- Meminta bantuan dari rakan-rakan yang rapat untuk mengetahui prestasi dan perubahan dalam diri saya dan megambil perhatian setiap komen dan pendapat yang diberikan.


AKTIVITI 2


Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama (Pendidikan Islam):

(1 kumpulan 3 orang : lantik ketua, pencatat dan pembentang)

1. Aisyatulasyiqah binti Mohamed (P48594)
2. Radiah binti Zakaria (P48602)
3. Zahwati binti Seman (P48683)

Tajuk : Sirah (Pembukaan Kota Mekah)

- Selepas mengikuti Kursus Kaedah Mengajar. Refleksi ke atas masalah atau penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1) Masalah

Kurang kemahiran dalam teknik bercerita.
Kurang persediaan dan penguasaan tentang tajuk yang hendak diajar.

2) Penambahbaikan

Tingkatkan kemahiran dlam teknik untuk bercerita.
Membuat persediaan awal dan meningkatkan penguasaan dalam tajuk yang hendak diajar.

3) Matlamat Umum

Memperbaiki kelemahan diri dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

4) Strategi

i. Memperbanyakkan membaca, memahami bahan-bahan ilmiah tentang kemahiran bercerita
dan mempraktikkan teknik penceritaan dalam kelas.
ii. Bertukar-bertukar teknik penceritaan mengikut respon pelajar dengan melibatkan
pelajar dalam teknik tersebut.
iii. Membuat persediaan awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dan menguasai
keseluruhan tajuk dengan memperbanyakkan bahan bacaan agar mudah untuk diajarkan
kepada murid dan persoalan murid dapat dijawab dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan