Jumaat, 12 Jun 2009

KULIAH 6-PN NOR SAKINAH

PENGUMPULAN DATA

PENGENALAN
- Ada pelbagai teknik pengumpulan data
- Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian.

3 SEBAB PERLU CAPAI KUALITI TINGGI

- Tanggjawab pelajar
- Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
- Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan)dengan melakukan penyelidikan tindakan.

KRITERIA KUALITI

- Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
- 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria ialah kesahan dan kebolehpercayaan.

KESAHAN
- Merujuk kepada kebenaran data
- Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

KEBOLEHPERCAYAAN
- Berkaitan dengan ketepatan data
- Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
- Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya:
i) Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
ii) Bolehkah saya fikir sebagai sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 TAHAP PENYELIDIKAN TINDAKAN

Tahap 1: Mengenalpasti masalah
Tahap 2: Perancangan Tindakan
Tahap 3: Mengumpul Data
Tahap 4: Analisis Data
Tahap 5: Perancangan untuk tindakan seterusnya

MENGUMPUL DATA

- Apakah jenis data yang perlu kita kumpul untuk menjawab persoalan kajian?
- Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif?

ALAT PENGUMPULAN DATA
- Pemerhatian
- Nota dan komen
- Kerja pelajar
- Refleksi pelajar dan kerja pelajar
- Jurnal pelajar
- Ujian
- Tinjauan Soal selidik
- Temuduga (audio tape)

TUGASAN:

- Kemas kini proposal yang telah dibuat sebelum ini, khususnya di bahagian pengumpulan data.
- Pelajar akan dipanggil secara rawak minggu depan untuk lihat perkembangan.